Mekah dilanda banjir..pelikkan..
ni akhbar yg aku baca di dalam website...
kadang-kadang rasa dunia dah nak kiamat..
cbe bayangkan mekah 2...negeri yang panas..
tiba-tiba hujan selebat2nya..and banjir..hm...
sama2 kite renungkan
ABU DHABI � Salji telah meliputi bahagian utara Arab Saudi dengan sejumlah sekolah, masjid dan badan pentadbiran ditutup, menurut laporan media tempatan semalam.
Negara yang terkenal kaya dengan minyak mengalami suhu bawah sifardan ribut salji dengan angin sejuk beku bertiup sehingga 50 kilometersejam.
Sementara itu, di sesetengah kawasan terdapat gangguan bekalan airberikutan beberapa paip pecah manakala banyak ternakan mati kesejukan.
Menurut Saudi Gazette, musim sejuk yang dilaporkan bermula Disember lalu dijangka memakan masa selama 89 hari, dengan suhu mencecah dibawah sifar.
Media itu turut menyatakan bahawa musim sejuk kali ini merupakan yang paling teruk pernah dialami sejak 20 tahun lalu.
Kanak-kanak dan remaja juga dilaporkan gembira kerana mereka boleh bermain salji dan membina orang salji.
Bagaimanapun, di Mekah, beberapa batang jalan raya ditenggelami air berikutan hujan lebat.
Beberapa orang juga membantu menolak kereta yang terperangkap akibat banjir itu.
Hujan lebat turun di beberapa bahagian Arab Saudi sejak Khamis lalu.
Nasib baik dah habis musim haji ..
KUALA LUMPUR 12 Jan.Tiada sebarang insiden membabitkan jemaah haji Malaysia dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang yang melanda sekitar bandar Mekah awal pagi semalam.
Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Sharuddin Abu Bakar berkata, kejadian berlaku ketika kebanyakan jemaah Malaysia telah pun kembali ke tanah air.
Sementara yang masih berada di sini katanya, mula bergerak dari Mekah ke Madinah untuk penerbangan pulang.
Kejadian hujan lebat dan angin kencang itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi sebelum berakhir kira-kira pukul 5.20 pagi, katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan atas bukit bergerak turun, namun tiada kerosakan dilaporkan.
Kejadian semalam bermula dengan angin kencang selama kira-kira 20 minit pada pukul 3 pagi. Ini diikuti hujan lebat yang mencurah-curah sehingga 5.20 pagi.
Hujan lebat itu menyebabkan banyak tanah dari kawasan bukit berhampiran bandar Mekah dibawa arus. Namun, tiada kawasan yang ditenggelami air dan semua jemaah kita yang masih ada di Tanah Suci selamat, jelasnya.
Menurut Sharuddin, kejadian semalam tidak menimbulkan sebarang keadaan kelam-kabut kerana pihak berkuasa Arab Saudi telah mengambil segala langkah perlu untuk memulihkan keadaan.
Katanya, tindakan cepat pihak berkuasa Arab Saudi itu membolehkan jemaah yang masih ada di situ menunaikan solat Jumaat seperti biasa.
Cuaca hari ini juga telah kembali cerah, begitu juga aktiviti harian penduduk,katanya.
Sharuddin memberitahu, penerbangan terakhir jemaah Malaysia dijadualkan pada 24 Januari
Aku sengaja mengeluarkan article ini kat dalam blog ak..
Suka nak share dengan korang sume tentang ape yang telah berlaku di dunia..
Tak semua kite tahu dan tak semua keluar berita ..
betul tak??kalau benar berita ini..benarlah..
kalau tidak..tidaklah..
0 imagination:
Post a Comment