Pages

Thursday, September 4, 2008

ikan hidup lebih 2000m dlm laut dijumpai!!!


Ikan hidup lebih 2,000m dalam laut dijumpai

PARIS - Seekor ikan hidup yang tinggal di kawasan perairan paling dalam di dunia berjaya dirakamkan sedang berenang 2,300 meter dari paras laut di tengah rabung Lautan Atlantik.

Turut dijumpai ialah tiga spesies udang nadir dan penemuan bersejarah pasukan penyelidik marin Universiti Pierre et Marie Curie di sini dilaporkan dalam jurnal Deep-Sea Research.

Ia dikesan menggunakan alat terbaru yang menurut pakar biologi air, Dr. Bruce Shillito, berupaya menahan tekanan berbanding rekod sebelum ini cuma setakat 1,400 meter.

"Ikan itu ialah zoarcid atau nama saintifiknya, Pachycara saldanhai dan agak menakjubkan kerana spesies marin lazimnya hancur pada kedalaman 1,000 meter," katanya.
Sudah saya katakan dunia semakin tidak seimbang...Kebanyakkan yang jarang dijumpai mula terdedah...Menandakan cepat2lah bertaubat..hehe

0 imagination: